TOL: Najib Mengaku Salah Jadikan Rakyat Sebagai Kroni Kerajaan


Ada yang tanya mengapa konsesi tol lebuhraya Utara Selatan PLUS telah dipanjangkan ke tahun 2038 berbanding tahun penamatan 2018 seperti di dalam perjanjian konsesi asal tahun 1987 pada masa PM ke-4.

Pada tahun 1999 di bawah PM ke-4 juga, konsesi PLUS dirunding untuk kali pertama dan tempoh konsesi ini dipanjangkan 12 tahun dari tahun 2018 kepada tahun 2030.

Perjanjian tambahan tahun 1999 ini juga membenarkan PLUS untuk menaikkan tol dengan kadar kenaikkan 10% setiap 3 tahun.

Kali terakhir tol lebuhraya PLUS dinaikkan ialah pada tahun 2005. Selepas itu, tol lebuhraya PLUS tidak pernah naik sehingga hari ini.

Khazanah dan KWSP membeli PLUS dengan sepenuhnya pada tahun 2011 semasa saya Perdana Menteri.

Pada masa itu, jumlah hutang pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada PLUS kerana tidak membenarkan kenaikkan kadar tol sejak tahun 2005 ialah sebanyak RM6.5 bilion, seperti ditakluk dalam perjanjian tambahan tahun 1999.

Oleh itu, perjanjian konsesi dirunding sekali lagi pada tahun 2011.

Hutang pampasan RM6.5 bilion dari kerajaan tidak perlu dibayar lagi dan kadar kenaikkan tol diturunkan dari 10% setiap 3 tahun kepada 5% setiap 3 tahun tetapi tempoh konsesi tol dilanjutkan 8 tahun lagi kepada tahun 2038.

Kadar kenaikkan tol baru ini hanya 1.7% setahun dan dari setiap Ringgit tol yang dikutip, 51 sen akan beralih kepada kerajaan melalui Khazanah Nasional dan 49 sen kepada KWSP - bukan lagi kepada pihak swasta.

Saya mengaku bersalah kerana telah menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai kroni baru untuk lebuhraya tol PLUS pada tahun 2011. - AL

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu