Lim Guan Eng Perlu Bertanggungjawab
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa UMNO dan Pas sedang 'mengisytiharkan perang' terhadap masyarakat bukan Melayu dianggap sebagai satu hasutan yang boleh membakar kebencian antara kaum dalam negara ini. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Guan Eng perlu bertanggungjawab dengan kenyataan itu dan pihak berkuasa perlu segera menyiasat Setiausaha Agung DAP tersebut. “Belum pernah dalam sejarah Malaysia, seorang ahli politik membuat kenyataan menghasut seperti Lim Guan Eng yang mengatakan kerjasama UMNO dan Pas sebagai 'pengisytiharan perang' antara kaum. Sokong atau tidak sokong kerjasama seumpama ini, itu adalah hak dan pilihan masing-masing. “Sekiranya kenyataan ini keluar daripada mulut rakyat biasa, pasti mereka ditangkap oleh polis kerana menghasut tetapi sebagai seorang menteri Kabinet, sudah tentu Guan Eng terlepas daripadanya,” katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook miliknya di sini hari ini. Po...