Kes Bunuh Tiada Elemen Samseng


KUCHING: Kes pembunuhan ahli perniagaan Tang Tung Kuak yang mayatnya ditemui di sebuah rumah di Lorong Dusun, Jalan Ong Tiang Swee di sini tidak melibatkan kumpulan samseng dan hanya kes terpencil, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Azman Yusof.

Beliau berkata, siasatan polis setakat ini mendapati suspek dan mangsa merupakan rakan baik sehingga berlaku pergaduhan sekitar 12 hingga 15 Januari lepas yang meragut nyawa mangsa berusia 37 tahun itu.

“Kes ini merupakan kes terpencil, di mana siasatan kita mendapati ia hanya melibatkan kawan dengan kawan dan tidak melibatkan kumpulan samseng atau isu perkauman seperti yang kita fikirkan pada mulanya.

“Justeru, biar polis menjalankan siasatan lanjut dan elakkan daripada membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” katanya kepada pemberita semasa ditanya berhubung perkembangan kes tersebut semalam.

Azman berkata, dua suspek iaitu seorang ahli perniagaan dan bekas pekerja mangsa telah didakwa di mahkamah pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh kerana kes tersebut masih disebut di Mahkamah Majistret.

Kes berkenaan masih menunggu beberapa laporan termasuk autopsi, bedah siasat, forensik, DNA dan ahli kimia sebelum ia boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Difahamkan, empat lagi lelaki yang disyaki warganegara China masih bebas.

Pada 15 Januari lalu, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap, diikat pada kaki dan bahu serta berlumuran darah.

Mayat tersebut dikenal pasti sebagai Tang menerusi jam tangan dan sebentuk cincin emas yang terdapat pada badannya.

Kes tersebut disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas