Hafizh janji bangkit


KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi aksi mengecewakan dalam perlumbaan pembuka tirai di Qatar dua minggu lalu, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mahu tampil dengan aksi lebih meyakinkan pada Grand Prix Argentina hujung minggu ini.

Hafiz menerima tamparan selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan tercorot di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

Dia yang beraksi bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3 menghadapi masalah dengan jentera baharunya.

Hafizh menamatkan cabaran dengan masa 43 minit 20.144 saat manakala rakan sepasukannya Miguel Oliveira dari Portugal berada di kedudukan ke-17, 42:53.279s

Keputusan tersebut jelas mengecewakan pelumba berusia 24 tahun itu, namun dia percaya, perlumbaan di Argentina mampu memberikan keputusan lebih baik berbanding di Qatar.

“Saya tidak sabar untuk beraksi di Argentina. Saya mahu perbaiki prestasi secara keseluruhan termasuk menyesuaikan diri dengan jentera dan cepat belajar.

“Selepas aksi di Qatar, saya menjalani latihan intensif untuk memperbaiki kualiti tunggangan dan berharap semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya menerusi laman Facebook rasminya, hari ini.

Prestasi buruk yang ditampilkan Hafizh di Qatar turut mendapat perhatian Prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali yang memberi peringatan supaya dia segera memperbaiki prestasinya musim ini atau berisiko kehilangan tempatnya pada perlumbaan musim hadapan. - UtusanOnline

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu