APMM tahan kapal nelayan Vietnam di perairan Sarawak


MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mengesan sebuah kapal nelayan Vietnam yang disyaki menangkap ikan tanpa kebenaran di 41 batu nautika dari Kuala Miri di sini kira-kira jam 1.30 petang kelmarin.

Kapten Zon Maritim Miri Md Fauzi Othman berkata, terdahulu pihaknya menerima aduan mengenai kehadiran nelayan asing di perairan Sarawak.

“Bot Peronda Maritim telah mengesan sebuah kapal nelayan yang mirip kapal nelayan tempatan sedang menangkap ikan.

“Selepas didekati dan melihat kepada nombor pendaftaran yang tertera, kapal nelayan tersebut adalah kapal yang berasal dari negara Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Menurut Md Fauzi, seberat 6,000 kilogram ikan baja dan sebuah kapal yang kemudiannya disita dianggarkan bernilai lebih kurang RM500,000.

“Kesemua awak-awak bersama bot diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963,” ujarnya.

Beliau menegaskan pihaknya akan terus meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di perairan Miri agar semua aktiviti pencerobohan dapat dibendung.

“Kerjasama daripada masyarakat terutamanya komuniti nelayan dalam memberikan maklumat amat dialu-alukan bagi membantu Maritim Malaysia dalam membanteras jenayah di laut.

“Oleh itu, untuk sebarang aduan dan maklum balas, orang awam bolehlah menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204,” tegas beliau. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas