Bot ditemui tanpa pengemudi, nelayan dikhuatiri jatuh ke laut


MUKAH: Sebuah bot berpusing-pusing tanpa pengemudi di laut Kuala Petanak di mana tuan punya bot dikhuatiri terjatuh ke laut apabila menangkap ikan sekitar jam 10 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, nelayan tersebut Lee Ah Leng, 37, dikhuatiri jatuh ke laut sebelum botnya ditemui rakannya.

“Rakan mangsa memberitahu beliau ternampak sebuah bot dalam keadaan enjin masih hidup, berpusing-pusing tanpa sesiapa di dalamnya di kawasan Kuala Petanak, Mukah,” katanya kepada Utusan Borneo.

Khuatir akan sesuatu yang tidak diingini berlaku, rakannya itu terus menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Setelah maklumat dikumpul sekitar 11 pagi, pihak Bomba dan Penyelamat serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang dimaklumkan terlebih dahulu mengenai insiden itu memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Turut bersama menjalankan SAR adalah 10 bot nelayan tempatan.

Sebelumnya, mangsa dikatakan keluar ke laut seorang diri pada 5 pagi.

Dalam perkembangan SAR petang semalam, bot penyelamat bomba tidak dapat beroperasi kerana laut bergelora dan keadaan angin kuat. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu