Masyarakat Dayak sibuk melakukan persiapan terakhir menjelang perayaan Hari Gawai esok


PAKAN: Jocelyn Bidai Kadier telah dinobatkan sebagai Kumang Mantar Gawai 2019 anjuran Gerempung Raban Pakan, malam kelmarin.

Sebagai johan pada pertandingan tersebut, Jocelyn telah berjaya merangkul hadiah utama pertandingan iaitu wang tunai RM1,000, piala, selendang dan juga tiara kejuaraan daripada pihak pengelola pertandingan.

Tempat kedua pula dimenangi Loretta Sara Geragop yang berjaya membawa pulang wang tunai RM800, piala dan hamper.

Pemenang tempat ketiga pula telah dianugerahkan kepada Jasyl Michelle Sylvester dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM600, piala dan hamper.

Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Masyarakat Pakan dan dirasmikan Pengerusi Gerempung Raban Pakan Jerenang Jawa.

Selain daripada pertandingan kumang tersebut, majlis ini turut diserikan dengan majlis penyampaian insentif kepada anak-anak ahli persatuan yang cemerlang dalam bidang akademik, cabutan tiket bertuah dan juga ‘suara emas’.

Lebih 300 tetamu yang merangkumi ahli persatuan dan masyarakat setempat telah hadir sama memeriahkan majlis ini. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas