Menara telekomunikasi, kementerian maklum bantahan penduduk Stapok


KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan ambil maklum masalah yang dihadapi penduduk Stapok yang membantah pembinaan menara telekomunikasi di kawasan mereka.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai yang mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian memberitahu Dr Sim mengambil berat tentang isu tersebut.

Katanya, penduduk Stapok dengan jelas dan lantang menentang pembinaan menara telekomunikasi itu di kawasan mereka.

Jelas beliau, ini kerana kawasan tersebut sudah mempunyai liputan jaringan telekomunikasi yang baik.

“Dr Sim ambil maklum tentang isu ini dan akan membantu agar projek ini dihentikan,” kata Tan Kai ketika ditemui pada sidang media di Gelanggang Badminton, Stapok di sini semalam.

Sementara itu, wakil penduduk Stapok Lorong Stapok Utara, Batu Kawa Wong Liong Hing, berkata, setakat ini lebih 200 orang telah menandatangi petisyen membantah pembinaan menara telekomunikasi di kawasan Gelanggang Badminton Stapok.

Tambahnya, ia merupakan kali kedua penduduk Stapok membantah pembinaan menara telekomunikasi tersebut.

“Kita telah melakukan bantahan untuk menghentikan projek ini pada 2015 tetapi selepas empat tahun perancangan pembinaan menara ini kembali semula,” katanya.

Wong memberitahu beliau bersama  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong sebelum ini pernah mengadakan kunjungan di Pejabat Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bagi mengadu tentang perkara tersebut dan pegawai SMA berjanji akan melihat perkara ini.

“Kami di sini tidak memerlukan menara ini kerana tiada masalah liputan rangkaian telefon dan di sini sudah mempunyai dua menara,” jelasnya.

Malah, tegasnya, bantahan itu juga bagi menggelak kesan negatif sampingan terhadap kesihatan penduduk di kawasan tersebut.

“Kita tidak peduli siapa yang tampil membantu kita, sama ada DAP atau SUPP kerana apa yang penting projek ini mesti dihentikan,” tegasnya lagi.

Manakala Pembantu Khas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen, Christina Chiew menggesa pihak berkuasa termasuk SMA untuk meneliti perkara tersebut dan menghentikan serta-merta projek itu.

“Tiada keperluan untuk membina lebih banyak menara di kawasan ini, pihak berkuasa harus mencari tempat yang betul-betul sesuai yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.

“Kita bukan menentang pembangunan menara itu tetapi biarlah ia mengikut keperluan dan pertimbangan termasuk pandangan penduduk yang terlibat,” ujarnya. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas