Nelayan hilang di laut dijumpai tidak bernyawa


BINTULU: Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang dan dipercayai jatuh laut pada Khamis semalam di perairan Pantai Mukah pagi ini lebih kurang jam 8.15 pagi tidak jauh dari lokasi beliau di katakan jatuh iaitu kira-kira 0.4 batu nautika dari Pantai Mukah.

Mangsa, Lee Ah Leng, 37 tahun yang berasal dari Kampung Penipah, Mukah ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi cari dan menyelamat (SAR) bermula sejak tengahari semalam. 

Ketika ditemui mangsa lengkap berpakaian. 

Menurut Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah, mangsa dipercayai lemas akibat terjatuh dari bot miliknya ketika sedang dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan di laut. 

"Mangsa juga disyaki tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian berlaku. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan  selanjutnya," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Shahref berkata, Maritim Malaysia selaku agensi yang mengkoordinasikan operasi SAR di laut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam operasi carilamat pada kali ini antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malausia(JBPM),  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung berhampiran dalam usaha pencarian mangsa selama dua hari.

Dengan penemuan ini SAR ditamatkan pada jam 9.20 pagi

Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu berharap komuniti maritim terutamanya di bahagian Mukah supaya mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan. " katanya.

Beliau turut mengingatkan agar komuniti maritim lebih berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini dan perlu mengelak dari ke laut sekiranya cuaca laut buruk. 

Dalam pada itu katanya. Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu sentiasa mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kemalangan atau insiden dilaut. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu