Pemandu parah nahas jalan raya di KM18 Sarikei-Saratok


SARIKEI: Seorang pemandu cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 18 Jalan Sarikei-Saratok, malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 10.30 malam.

“Kemalangan ini membabitkan pertembungan sebuah kereta jenis pacuan empat roda dengan sebuah kereta.

“Pemandu kereta pacuan empat roda bersama dengan dua orang penumpang hanya mengalami cedera ringan, manakala pemandu sebuah lagi kenderaan yang terlibat mengalami cedera parah.

“Berikutan itu, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, semalam.

Tambah Mahmudin, pihak bomba telah melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan dan setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bomba telah bertolak balik semula ke balai.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes terbabit telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas