Perumahan berpagar, berpengawal terbesar akan dibina di utara Miri


MIRI: Kawasan perumahan komuniti berpagar dan berpengawal terbesar di negeri ini akan dibina di kawasan utara Miri dikenali Miri North City melibatkan kerjasama syarikat pemaju tempatan dan syarikat pembinaan dari Beijing China.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, projek adalah kerjasama julung kali melibatkan syarikat pembinaan dari negara itu di Sarawak, sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala.

Projek akan melibatkan keluasan 1,200 ekar di bahagian utara Miri iaitu di Senadin dengan konsep pembangunan komprehensif, dijangka yang terbesar di Malaysia Timur.

“Saya gembira untuk hadir pada majlis sambutan berganda ini.

“Kenapa? Pertama, kerana syarikat pembinaan dari Beijing pertama kali datang ke Sarawak.

“Melihat kepada apa yang mereka bangunkan di Beijing adalah begitu mengagumkan sekali.

“Kedua, Miri North City akan menjadi sambutan terbesar kerana ia adalah pembangunan mercu tanda untuk lebih 10,000 rumah akan dibina dan daripada jumlah itu, 2000 adalah rumah mampu milik,” jelasnya.

Dr Sim berkata, pembinaannya mengikut polisi kerajaan negeri untuk menyediakan rumah mampu milik dari syarikat pemaju.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat pemaju Miri North City Development (MNCD) Sdn Bhd dan Beijing Urban Construction Road and Bridge Group Co. Ltd  (BUCG) di sini semalam.

MNCD diwakili Pengerusinya Yek Nai Kwong sementara BUCG diwakili Pengurus Besar BUCG Malaysia Wang Chunguo.

Dr Sim menyifatkan sambutan berganda itu juga tepat pada waktunya dengan sambutan 45 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

Beliau memberitahu, Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China.

“Dengan pembangunan ini, kita akan mempunyai hubungan dua hala lebih kukuh,” jelas beliau.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang juga ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon, Datuk Bandar Adam Yii dan  Pengerusi Eksekutif Miri Housing Group of Companies Dato Prof Lau Siu Wai. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas