49 kes ‘Love Scam’ dilaporkan berlaku di Sarawak


KOTA SAMARAHAN: 49 kes ‘Love Scam’ dengan anggaran kerugian RM51 juta telah dilaporkan berlaku di Sarawak antara Januari dan Jun tahun ini, menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Sarawak DSP Maria Rasid.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa pelancaran Kempen ‘Staying Safe Online 2019’ di Pusat Sivik Kota Samarahan di sini, semalam.

“Selain ‘Love Scam,’ 64 kes ‘Macau Scam’ dicatatkan di negeri ini dalam tempoh sama dengan anggaran kerugian kira-kira RM4 juta,” kata Maria.

Sementara itu, Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais turut hadir untuk melancarkan kempen berkenaan.

Semasa ucapannya, Menteri Muda Pembangunan Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana E-Dagang itu juga memaklumkan orang awam bahawa kesedaran terhadap jenayah siber harus dipertingkatkan terutama bagi kes penipuan dalam talian kerana terlalu ramai yang telah terjebak dalam penipuan tersebut.

“Kesedaran yang lebih tinggi harus dipertingkatkan dalam masyarakat kawasan bandar dan luar bandar supaya rakyat tidak akan mengalami kerugian dan tertipu dengan sindiket ini,” kata Naroden.

Beliau juga memberi peringatan kepada orang awam supaya tidak memuat naik segala maklumat peribadi ke media sosial kerana maklumat berkenaan mungkin akan disalahgunakan.

“Walaupun teknologi memudahkan dan menginovasi kehidupan kita, sesetengah pihak tidak bertanggungjawab mungkin akan menyalahgunakan teknologi itu untuk memenuhi keperluan mereka sendiri,” kata Naroden.

Justeru beliau berharap program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang (MITeC) itu akan memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat mengenai penipuan yang wujud dalam media sosial, terutama pada era masa kini di mana teknologi Internet dan mudah alih mempengaruhi sebahagian daripada kehidupan kita.

Kempen berkenaan turut mendapat sokongan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Is Project 1408 the 2017 Ducati 1299 Superleggera?