Bekas arang dibakar, sekeping nota ditemui


KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di sebuah rumah pangsa di Jalan Song di sini sekitar jam 2.30 petang semalam.

Difahamkan, kejadian disedari pekerja rumah pangsa tersebut yang melakukan pembersihan rutin dan menemui mangsa dikenali sebagai Sim, 30-an, dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi.

Melihat keadaan mangsa sedemikian, mereka terus menghubungi pihak hospital untuk bantuan kecemasan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas diperiksa oleh anggota paramedik,” kata sumber.

Beberapa anggota dari balai polis berhampiran turut hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Turut ditemui di lokasi kejadian ialah bekas aluminium yang mengandungi arang yang telah dibakar dan anggota polis turut menemui sekeping kertas yang tercatat nota dalam bahasa Cina dipercayai tulisan tangan mangsa,” kata sumber lagi.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu kelmarin, keluarga mangsa ada membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa dan turut menyebarkannya di media sosial.

Siasatan lanjut polis berhubung kejadian masih dijalankan. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu