Bukti PH tidak berminat majukan Sarawak


SIBU: Adun Jemoreng menganggap kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa Sarawak akan bankrap di bawah pemerintahan GPS membuktikan PH tidak berminat terhadap pembangunan negeri ini.

Katanya ketika dihubungi hari ini, Guan Eng harus fokus terhadap tugasnya sendiri sebagai seorang Menteri Persekutuan, bukan sibuk hal kewangan negeri Sarawak.

“Sarawak tahu apa yang terbaik untuk negeri ini dan kami tahu bagaimana cara mengurus negeri kami,” katanya.

Kelmarin, Guan Eng mendakwa Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun jika negeri ini masih ditadbir GPS.

Dakwa Guan Eng, rizab negeri sebanyak RM31 bilion akan digunakan dalam tempoh tiga tahun jika GPS terus menaikkan bajet tahunan RM11 bilion. Malah menteri itu menggesa rakyat Sarawak harus mengundi PH dalam PRN akan datang.

Tambah Dr Juanda, PH sepatutnya membantu Sarawak melaksanakan lebih banyak aktiviti pembangunan tetapi gagal berbuat demikian terutama pedalaman Sarawak.

Dr Juanda juga menegaskan kenyataan Guan Eng itu menjadi bukti bahawa PH tidak berniat membantu Sarawak untuk menjadi sebuah negeri maju dan berjaya walaupun Sarawak antara penyumbang utama sektor minyak dan gas. - SV

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Is Project 1408 the 2017 Ducati 1299 Superleggera?