Rumah terbakar dipercayai akibat litar pintas


BAU: Sebuah rumah di Kampung Tebawang Sauh di sini terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyalamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 12.36 tengah hari.

Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja pemadaman api.

“PGO Sarawak pada awalnya menerima panggilan kecemasan kebakaran litar pintas di tingkat atas rumah tersebut.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran telah memusnahkan 70 peratus struktur rumah kekal dua tingkat itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, seramai empat penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri sebelum api semakin marak.

Setelah selesai kerja-kerja pemadaman keseluruhan dan mengumpul maklumat kebakaran, operasi ditamatkan pada jam 1.50 petang.

Punca sebenar kebenaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Is Project 1408 the 2017 Ducati 1299 Superleggera?