12 pelajar cedera nahas 4 kenderaan di Batu Kawa


KUCHING: Seramai 12 pelajar dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas terlibat kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Batu Kawa, di sini sekitar pukul 6 pagi hari ini.

Difahamkan, kesemua mangsa yang berusia antara 7 hingga 12 tahun mengalami kecederaan di beberapa anggota badan termasuk seorang daripadanya mengalami patah tulang tangan.

Sumber memberitahu semasa kejadian sembilan daripada pelajar terbabit menaiki sebuah van, manakala tiga lagi menaiki kenderaan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi memberitahu kemalangan berlaku selepas sebuah kereta dari arah pusat bandar raya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah van yang kemudian terbabas ke laluan bertentangan.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan van tersebut melanggar pembahagi jalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar dua buah kenderaan lagi,” katanya.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu