Bintulu dipilih sebagai tuan Rumah sambutah Hari Sarawak


KUCHING: Sambutan Hari Sarawak yang dirai pada 22 Julai ini di Bintulu akan diadakan dengan penuh berprestij yang menyaksikan tujuh acara menarik turut dianjurkan.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sambutan Hari Sarawak tahun ini amat istimewa kerana julung kali diadakan di luar Kuching.

"Jadi ini peluang terbaik untuk rakyat di Bintulu dan penduduk sekitarnya untuk bersama-sama menyaksikan sambutan hari bersejarah buat Sarawak.

"Malah, ini penting untuk rakyat Sarawak terutamanya generasi muda bagi mengetahui tentang sejarah kita dan mentadbir sendiri negeri kita pada 22 Julai 1963 dari kerajaan British 56 tahun lalu," katanya pada sidang media sambutan Hari Sarawak di Menara Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA), The Isthmus di sini, hari ini.

Tambah Dr Rundi, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pertama diadakan di Bintulu ketika itu dan ini amat memberi makna memilih bahagian tersebut sebagai tuan rumah sambutan Hari Sarawak.

"Justeru, saya menyeru penduduk Bintulu dan kawasan sekitarnya merebut peluang ini untuk meraikan bersama dan menyertai aktiviti menarik yang turut diadakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta rakyat di negeri ini mengibarkan bendera Sarawak di kediaman dan premis masing-masing sebagai tanda cintakan dan hormat Bumi Kenyalang bertuah ini.

Mengenai tujuh aktiviti menarik itu, Dr Rundi berkata, antaranya Sarawak E-Sport 2019 yang akan diadakan di Naim Street Mall Bintulu pada 20 hingga 22 Julai 2019, Sarawak Day Run (21 kilometer) Wisma Bintulu, Tanung pada 21 Julai jam 7 pagi dan Majlis Kesyukuran di Masjid Assyakirin, Bintulu pada 21 Julai jam 6 petang.

"Selain itu, Konsert Kamek Sayang Sarawak di Jalan Lapangan Terbang Lama, Bintulu pada 21 Julai (4 petang dan 8 malam) yang bakal menyaksikan artis terkemuka seperti Hafiz Suip, Ricky Andrewson, Melissa Francis, Rosiana Urai, Claudia Geres, Firdaus Materang, Roxane dan Cipta Band termasuk seorang artis popular Baby Shima," tambahnya.

Katanya lagi, aktiviti menarik lain, Perhimpunan Hari Sarawak di Jalan Lapangan Terbang Lama pada 22 Julai jam 9 pagi yang dijangka dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

"Pada masa sama kita juga mengadakan Pameran Hari Sarawak di Naim Street Mall dari 22 hingga 28 Julai 2019.

"Selain itu, aktiviti menarik ketujuh adalah 'Love Sarawak Through History' anjuran Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dan Jabatan Pendidikan Sarawak," jelasnya.

Tambah beliau, 'Love Sarawak Through History' menyediakan aktiviti sampingan seperti kuiz pada 20 Julai di Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu, 'Story Telling' pada 20 Julai di Sekolah Kebangsaan Agama (Majlis Islam Sarawak), Pertandingan Mewarna dan Forum pada 21 Julai di The Springs.

Hadir sama pada sidang media itu, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee, Menteri Muda Undang-undang dan Adat Bumiputera Datuk John Sikie Tayai, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dan tetamu kehormat lain. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu