Dawos banyak menyumbang kepada arena politik Sarawak - Abang Johari


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bekas Ahli Parlimen Mambong Datuk Seri James Dawos Mamit yang meninggal dunia malam tadi telah banyak menyumbang kepada politik Sarawak.

Menurut Abang Johari, mendiang juga banyak menyumbang kepada kawasannya selain sebagai timbalan menteri di kerajaan persekutuan.

"Kami amat bersedih mengetahui pemergiannya, beliau banyak menyumbang kepada politik Sarawak.

"Kami bersimpati dengan keluarganya dan ia satu kehilangan besar kepada kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian bagi penutupan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS 2019) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui pemberita pada majlis yang sama berkata, pemergian mendiang bukan sahaja kehilangan besar dari segi politik tetapi seorang pakar alam sekitar.

"Saya mengenali mendiang Datuk Seri (Dawos) telah lama, pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada komuniti Dayak.

"Ia kehilangan besar kepada kita terutama dalam bidang alam sekitar dimana saya sendiri ketika menadi Menteri Persekutuan (Sumber Asli dan Alam Sekitar) menjadikan mendiang sebagai buku rujuan isu terbabit," katanya.

Mendiang, 70, yang merupakan ahli parlimen selama empat penggal juga ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meninggal dunia di kediamannya di Taman Stutong Indah Tabuan Jaya, lewat malam Isnin.

Menurut anak lelakinya, Christopher James Dawos, beliau menghembuskan nafas terakhir sekitar 11.30 tengah malam selepas mengalami jangkitan paru-paru dan kesan sampingan lain susulan rawatan radioterapi untuk kanser hidung, yang didiagnos kira-kira 10 tahun lalu. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu