Kes gadis mati di pusat hiburan, polis tunggu laporan kimia


KUCHING: Polis masih menunggu laporan kimia bagi melengkapkan siasatan kes kematian seorang gadis di sebuah pusat hiburan di Jalan Ban Hock pada 3 Julai lalu yang didakwa disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan. 

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata pihaknya belum mendapat keputusan penuh laporan kimia berhubung punca kematian mangsa selepas bedah siasat kali kedua dijalankan Isnin lalu.

Justeru, katanya kes itu masih diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan penuh.

“Siasatan (di bawah) SDR diteruskan hingga laporan kimia diperolehi dan bakal dirujuk untuk inkues di mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, sebuah akhbar Bahasa Inggeris tempatan melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Denis Leong telah mengesahkan kematian mangsa adalah disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan.

Bagaimanapun, usaha Utusan Borneo mendapatkan pengesahan daripada beliau berhubung kenyataan tersebut masih tidak berjaya sehingga berita ini ditulis. 

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Flora, 19, dari Rumah Nawek Long Tuyut Tinjar, Baram dibedah siasat semula oleh pakar forensik di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang berakhir sekitar pukul 12.55 tengah hari Isnin. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu