Najib mahu lantik 3 orang dalam pasukan penasihat BN


KUALA LUMPUR: Pengerusi baru lembaga penasihat Barisan Nasional, Najib Razak mahu melantik 3 orang lagi dalam pasukannya bagi membantu tugasnya sebagai penasihat.

“Tiga orang tetapi mungkin, kalau perlu, tambah lagi,” katanya kepada pemberita sejurus mesyuarat dewan tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Najib berkata dia sedang memikirkan beberapa orang tetapi dia belum merujuk orang-orang berkenaan.

Beliau menambah orang-orang yang tidak dinamakan itu akan dibincangkan dengan pimpinan BN dalam masa terdekat.

Sebelum itu, dewan tertinggi BN yang turut dihadiri Presiden Umno Zahid Hamidi, Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Vigneswaran Sanasee sebulat suara melantik Najib, yang kembali popular dengan fenomena ‘bossku’.

Bekas perdana menteri itu ditugaskan untuk membantu BN mengembalikan semula sokongan rakyat.

Mengenai perbincangan malam tadi, Najib berkata antara perkara yang disentuh adalah bagaimana gabungan itu boleh menampilkan imej “kepelbagaian kaum, kepelbagaian budaya, dan kepelbagaian agama”.

Turut dibincangkan pemerkasaan BN berdasarkan piagam yang akan dilancar pada konvensyen September akan datang, dan memperhebatkan program bersama di peringkat akar umbi berdasarkan platform gabungan itu.

“Kita sedar kekurangan selama ini,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad bahawa partinya, Umno, PAS dan Amanah sudah memadai untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, Najib berkata dia akan membawa isu itu terus ke akar umbi partinya.

“Saya ulas bila pergi ke bahagian-bahagian,” katanya. - FMT

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu