Posts

Showing posts with the label Politik

Sarawak Report dan Kit Siang kata Najib bunuh pendakwa raya Kevin Morais sebab kes 1MDB

Image
Ini isu "Sarawak Report dan Kit Siang kata Najib bunuh pendakwa raya Kevin Morais sebab kes 1MDB lalu sumbatkan mayat dia dalam tong simen lalu pen drive (yang tidak pernah dikeluarkan mereka) adalah bukti kukuh". Nama Najib ramai yang kenal. Nama mendiang Kevin Morais yang dibunuh dengan cara begitu kejam juga ramai yang kenal. Tetapi siapa kenal pakar patologi Kolonel Dr R Kunaseegaran? Kunaseegaran didapati bersalah menerima rasuah oleh mahkamah pada bulan Oktober tahun lalu. Hari ini pula, dia juga dijatuhkan hukum mati bersama 5 rakan dia selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas. "10 Jul 2020: 6 orang dihukum mati kerana bunuh Kevin Morais" https://www.malaysiakini.com/news/533809 Kunaseegaran pernah menjawat sebagai Pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan mahkamah mendapati dia telah menerima rasuah...

Semoga Tun M dilimpahi rahmat – Najib

Image
KUALA LUMPUR – Hubungan love and hate (cinta tapi benci) antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak kendur sedikit hari ini. Mana tidaknya, Najib dilihat menaikkan status ucapan selamat hari lahir buat bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dengan masih memanggil Mahathir sebagai sir. “Happy 95th birthday, sir. (Selamat Hari Lahir ke 95, Sir). “Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, kesihatan dan dilanjutkan usia,’ ucap Najib di Facebooknya hari ini. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menyambut hari lahir ke 95, hari ini. Kedua-dua sekutu yang kemudiannya menjadi seteru politik itu dilihat sering berbalas kenyataan antara satu sama lain di media sosial sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini Najib menjawab cabaran Mahathir dengan menyenaraikan apa yang menurutnya kontrak kerajaan kepada anak-anak dan kroninya, ketika menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun komen itu tiba-tiba ‘hilang’ daripada ruangan...

ADUN Rahang Keluar DAP

Image
SEREMBAN : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohd Omar mengesahkan menerima surat makluman peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine sebagai ahli DAP Negeri Sembilan sekali gus menjadi ADUN Bebas pertama di negeri ini. Katanya, beliau menerima surat berkenaan pagi tadi di pejabatnya melalui serahan tangan yang dihantar pegawai ADUN terbabit. "Kita menghormati keputusan beliau walaupun sebagai ADUN Bebas tetapi beliau menyatakan tetap akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan. "Beliau hanya meletakkan semua jawatan dalam parti DAP sahaja, jadi tiada PRK (Pilihan Raya Kecil)," katanya di sini, hari ini. Sementara itu, dalam surat peletakan jawatan berkenaan, Mary Josephine menyatakan peletakan jawatannya berkuat kuasa hari ini. Beliau menyatakan sokongan dan keyakinan terhadap kepemimpinan Menteri Besar yang juga...

Gerakan akan lancar petisyen protes projek terowong dasar laut

Image
KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Pulau Pinang akan melancarkan satu petisyen dalam talian untuk mengumpul tandatangan orang ramai memprotes projek terowong dasar laut. Ia juga bagi memprotes tiga jalan utama yang sebenarnya tidak memanfaatkan orang ramai tetapi membawa keuntungan kepada konsortium terlibat sahaja, kata pengerusinya, Oh Tong Keong. Projek itu bernilai RM6.3 bilion yang ingin dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP. “Petisyen ini bertujuan untuk menunjukkan ketidakpuashatian terhadap sikap kerajaan negeri Pulau Pinang yang berdiamkan diri dalam isu ini terutamanya laporan kebolehlaksanaan dan butiran rekaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama yang bernilai RM350 juta itu yang telah ditangguhkan sejak tahun lepas. “Namun, pemaju telah mendapat keuntungan dalam projek ini sebelum terowong itu dibina dengan menggunakan tanah tambakan laut yang seluas 110 ekar yang bernilai pasaran sebanyak RM2.8 bilion yang diberi oleh keraj...

AMANAH Labuan bubar selepas seluruh jentera parti letak jawatan

Image
LABUAN : Seluruh jentera Parti Amanah Negara (AMANAH) Bahagian Labuan hari ini mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta, menyatakan kerenah birokrasi dan layanan tidak adil oleh pemimpin parti peringkat pusat sebagai alasan utama mereka mengambil keputusan itu. Peletakan jawatan secara mengejut itu turut membabitkan sayap Wanita dan Pemuda dan 33 pemimpin cawangan bersama-sama ahli jawatankuasa mereka, yang membawa kepada pembubaran AMANAH Bahagian Labuan. AMANAH melebarkan sayapnya di Labuan pada 2018 dan mengadakan pemilihan pertama pada Februari 2019. Chemat Mustapha, yang sebelum ini mengetuai bahagian itu berkata, peletakan jawatan itu disebabkan pemimpin parti pusat kurang memberi tumpuan pada AMANAH Bahagian Labuan. "Kami telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Amanah dalam mengendalikan isu-isu dalaman parti dan juga disebabkan perebutan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika ini berhubung jawatan perdana menteri ...kam...

Muhyiddin Dapat Sokongan Pimpinan Parti PN

Image
PERTEMUAN antara ketua parti yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) diadakan di Putrajaya, hari ini. Semua pimpinan parti menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan bermuafakat memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Beberapa keping foto pertemuan itu dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Muhyiddin, hari ini, Pemimpin yang hadir termasuk Muhyiddin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU); Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua parti yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Putrajaya, hari ini. Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran; Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Abang O...

Perbicaraan Tengku Adnan: Pembelaan tutup kes

Image
KUALA LUMPUR : Selepas memanggil empat saksi pada perbicaraan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang mengambil masa empat hari di Mahkamah Tinggi di sini, pihak pembelaan menutup kesnya, hari ini. Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 14 Ogos depan untuk mendengar hujahan di akhir kes pembelaan sebelum memutuskan sama ada bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu akan disabitkan kesalahan atau dibebaskan. Peguam Datuk Tan Hock Chuan memaklumkan kepada mahkamah, pembelaan menutup kesnya terhadap Tengku Adnan, selepas pemeriksaan balas saksi terakhir Ketua UMNO Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah. - BHOnline

PRK Chini: Najib, Calon Solat Jumaat Di Salong

Image
CHINI – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain menunaikan solat Jumaat bersama hari ini. Bekas Perdana Menteri itu yang tiba jam 1.10 petang ditemani Mohd Sharim di Masjid Kampung Baru Salong. Sebelum memasuki masjid, Najib dan Mohd Sharim dikehendaki menjalani ujian suhu badan atas Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Malah semua jemaah yang memasuki masjid dikehendaki memakai penutup mulut dan hidung sebelum menunaikan solat Jumaat. Ini kali pertama kedua-dua calon dilihat menunaikan solat Jumaat bersama sepanjang kempen PRK. Kedua-dua mereka terus memasuki dewan solat sebelum duduk berasingan bagi mendengar kutbah Jumaat. Najib dan Mohd Sharim seterusnya menaiki motosikal dan mengadakan ziarah di sekitar Salong. Ini hari kedua Najib turun padang dalam misi membantu calon BN itu untuk kempen PRK Chini, kali ini. Mo...

Bubar Parlimen Hanya Pandangan Peribadi Tok Mat - Annuar Musa

Image
KUALA LUMPUR : Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan hanya bersifat pandangan peribadi, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata, UMNO juga sehingga kini tidak membuat sebarang perbincangan mengenai gesaan pembubaran Parlimen, sebaliknya terus memberikan sokongan penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini sedang berfungsi dengan baik dan tidak wujud sebarang isu berbangkit. "Pada saya tidak berbangkit soal pembubaran Parlimen kerana kita ada kerajaan dan Perdana Menteri, malah tidak timbul sebarang isu ketidakstabilan politik. "Kerajaan PN sangat mantap dari segi jumlah sokongan, kerusi juga semakin bertambah sebab ada yang 'menyeberang...

Pensyarah Universiti Mahu Saman Pemimpin DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa RM5 Juta

Image
KUCHING : Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff menghantar tiga surat tuntutan kepada tiga  pemimpin DAP hari ini, termasuk Abdul Aziz Isa Marindo. Kenyataan pengerusi DAP Batu Kitang itu dimuat naik di Facebooknya pada 7 Jun 2017. Abdul Aziz ialah lulusan ijazah sarjana muda politik dan pemerintahan dari Universiti Malaysia Sarawak.  Beliau pemimpin muda DAP yang dilihat lantang bersuara di atas pentas parti pembangkang itu. Menurut  surat tuntutan itu  kenyataan berkenaan didakwa mengandungi tujuh kenyataan yang berunsur fitnah terhadap Kamarul Zaman. Kata Kamarul  Zaman yang juga seorang penganalisis politik,  kenyataan Abdul Aziz  antara lain membawa maksud kesahihan kelayakan akademiknya tidak dapat dipastikan. Bahawa pensyarah berkenaan juga mempunyai fikiran yang tidak kukuh dan memiliki hati busuk. Kamarul  Zaman menuntut agar pemimpin DAP berkenaan membuat kenyataan terbuka yang...

Najib: Pengundi Chini Sudah Cerdik, Takkan Ikut Cakap Dr Mahathir

Image
CHINI – Biarpun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen untuk calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, namun pengundi di sini sudah bijak terutamanya masyarakat Orang Asli. Itu kata Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berhubung video kempen Dr Mahathir yang secara terbuka menyokong calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin. “Orang Chini akan tolak sebab mereka tahu calon bebas tidak boleh menolong mereka. Apa yang dia boleh buat. “Orang Chini sudah bijak termasuk Orang Asli, jadi apa Dr Mahathir cakap pun orang takkan pakai. “Malah di PRK Cameron Highlands pun dia turun, tapi kali ini dia tidak turun. Cuma buat video, tapi kalau dia turun pun takkan ada sambutan,” katanya kepada media selepas mendekati masyarakat Orang Asli Kanpung Tasik Mentiga, Chini, hari ini. Turut mengiringi bekas Perdana Menteri keenam itu adalah calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain. Dr Mahathir pada Selasa lalu mengumumkan ...

Dr. Mahathir Gagal Hubungi GPS

Image
PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dr. Mahathir berkata, beliau tidak berjumpa malahan gagal menghubungi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk. “Saya tidak berjumpa dengan beliau, malahan tidak boleh menelefon beliau,” katanya kepada Sinchew Daily. Ditanya sama ada GPS akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir berkata: “Anwar kata GPS menyokongnya, tetapi saya melihat GPS menyokong Muhyiddin.” Kata Dr. Mahathir lagi, beliau tiada apa-apa yang dapat dicadangkan kepada GPS pada masa ini. Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, Abang Johari pernah bertemu dengannya sebelum “Pertemuan Sheraton.” “Beliau menyatakan sokongan 100 peratus kepada saya, oleh itu saya sangat gembira. Tetapi, apabila sampai masa menandatangan, mereka tidak menyokong saya,” katanya. Menurut Dr. Mahathir, beli...

Tok Mat Minta PM Bubar Parlimen, Tamatkan Ketidaktentuan Politik

Image
KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan berikutan ketidaktentuan politik semasa. Katanya, situasi ketidakstabilan politik yang dihadapi sekarang tidak pernah dihadapi sejak negara merdeka. "Situasi ini menyukarkan kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara daripada kemelesetan ekonomi. "Segala usaha untuk memulihkan ekonomi negara, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang. "Justeru, pembubaran Parlimen ini perlu dilakukan tanpa berlengah. Negara tidak boleh terus menerus diheret dengan debaran ketidaktentuan serta kemungkinan pertukaran kerajaan selang beberapa bulan. "Ini bukan sesuatu yang ...

Pendakwaan dibenar pinda tuduhan terhadap Najib, Arul Kanda dalam kes laporan audit 1MDB

Image
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pihak pendakwaan dalam kes laporan audit 1MDB Najib Razak untuk meminda pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu atas alasan pindaan itu tidak akan menimbulkan prasangka atau ketidakadilan terhadap salah seorang tertuduh. “Walaupun pindaan ini menyebabkan ‘tiang gol’ dialihkan, ia masih akan kekal dalam padang. “Pihak pembelaan masih boleh membuat ‘tendangan’. Saya di sini untuk memastikan mereka akan diberikan setiap peluang untuk membuat pembelaan mereka.” Katanya, perbicaraan itu masih di peringkat awal dengan hanya 7 saksi pendakwaan dipanggil dan belum diperiksa balas peguam Muhammad Shafee Abdullah serta N Sivananthan sepenuhnya. Dalam pindaan itu, pihak pendakwaan berhujah Najib meminda laporan akhir berkenaan sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (...

“Bila saya pernah mungkir janji?”

Image
PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengingkari janjinya walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang keadaan itu akan berlaku. Dr. Mahathir berkata, beliau telah menegaskan bahawa hanya akan menjadi Perdana Menteri (PM) selama enam bulan dan sudah merancang untuk berundur dan menyerah kuasa kepada Anwar selepas selesainya persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Kata Dr. Mahathir, beliau juga sudah ada rancangan yang menyeluruh untuk menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kesilapan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya tahu apa yang perlu saya lakukan dalam enam bulan, saya ada pelbagai jalan penyelesaian. Beliau (Anwar) boleh menerima jawatan selepas enam bulan,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily. Dalam wawancara itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak lagi mahu bekerjasama dengan PKR tetapi mengekalkan hubungan dengan DAP dan Amanah selepas PKR tidak menyokongnya menjadi PM. ...

Menjawab Stealing Chicken

Image
1. Najib kelihatan kesal dengan "saran saya yang terselubung bahawa pelepasan yang dijamin oleh pembuat filem Riza Aziz adalah salah". Najib: Ya, saya kesal kerana anda terus menipu. Anda dengan mudah mengabaikan bahawa penyelesaian itu dimulakan oleh Peguam Negara yang anda lantik (dan yang mengaku dia adalah seorang pelantikan politik) semasa anda masih menjadi PM. Sebagai permulaan, tidak seperti Guan Eng, Riza tidak pernah didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, pencurian (curi) atau rasuah. Dia didakwa di bawah akta AMLA kerana menerima dana yang diberikan kepadanya oleh entiti kerajaan asing yang menjalin kerjasama dengan 1MDB. Riza tidak pernah menerima satu dolar langsung dari 1MDB. Sebenarnya, dia jarang berada di Malaysia selama bertahun-tahun. Begitu juga, dia juga tidak pernah didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, pencurian atau rasuah oleh DOJ USA walaupun sebahagian besar pelaburan diterima, digunakan dan dikembalikan dari AS. Tidak ada sat...

Isu Ini Tidak Akan Diungkit Lagi

Image
PETALING JAYA – Dengan kenyataan rasmi tidak menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM), PKR tidak akan memberi maklum balas lagi mengenai isu yang sama walaupun jika ia dibangkitkan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH). Parti itu juga bersedia untuk kekal dengan identiti sebagai pembangkang jika PH kekurangan kerusi dalam Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan. “Jika PH+ betul-betul kekurangan nombor (untuk membentuk kerajaan), maka kami akan terus menjadi pembangkang dan melakukan persiapan menghadapi pilihan raya,” kata seorang pemimpin PKR kepada Sinchew Daily. Katanya, PKR perlu “bertenang” dan tidak bercadang memanggil mesyuarat Majlis Presiden PH pada masa ini. “Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berniat mengadakan mesyuarat PH pada masa ini kerana masih berusaha mendapat sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya. Selain itu, PKR juga dilaporkan mengenakan larangan ke atas pemimpin untuk membuat ulasan mengenai isu itu yang dikataka...

Isu Ini Tidak Akan Diungkit Lagi

Image
PETALING JAYA – Dengan kenyataan rasmi tidak menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM), PKR tidak akan memberi maklum balas lagi mengenai isu yang sama walaupun jika ia dibangkitkan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH). Parti itu juga bersedia untuk kekal dengan identiti sebagai pembangkang jika PH kekurangan kerusi dalam Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan. “Jika PH+ betul-betul kekurangan nombor (untuk membentuk kerajaan), maka kami akan terus menjadi pembangkang dan melakukan persiapan menghadapi pilihan raya,” kata seorang pemimpin PKR kepada Sinchew Daily. Katanya, PKR perlu “bertenang” dan tidak bercadang memanggil mesyuarat Majlis Presiden PH pada masa ini. “Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berniat mengadakan mesyuarat PH pada masa ini kerana masih berusaha mendapat sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya. Selain itu, PKR juga dilaporkan mengenakan larangan ke atas pemimpin untuk membuat ulasan mengenai isu itu yang dikat...

Saman Fitnah Terhadap 5 Pemimpin DAP

Image
MEREKA yang biasa mengikuti perkembangan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasti mengingati peristiwa hampir tiga tahun lalu, di mana saya telah menegur pemimpin DAP, Hannah Yeoh kerana melalui bukunya bertajuk “Becoming Hannah”, mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau “to preach at churches, to world leaders and to young people” dan betapa beliau “aims to bring Christian faith and service to the public sphere”. Berikutan teguran saya dan episod selanjutnya, saya telah ditempelak, dituduh, dihina dan diburukkan oleh pelbagai pihak, khususnya daripada pimpinan DAP, kerana kononnya bodoh, ekstrimis dan tidak layak bergelar pensyarah universiti awam seperti UUM. Saman fitnah terhadap Dr. Arifin Omar Berikutan itu juga, saya telah mengumumkan mahu mengambil saman fitnah terhadap salah seorang daripada mereka, iaitu Dr. Arifin Omar, yang pada ketika itu merupakan Senator DAP dari Pulau Pinang di atas penerbitan sebuah artikel bertajuk “Dr. Arif...

PH Hanya Sesuai Guna ‘Template’ Pembangkang

Image
DUA bulan selepas tumbang angkara perbuatan sendiri, PH kini nampaknya sudah berjaya kembali ke ‘template’ asal mereka. Tak kira masa, mereka akan berterusan menghentam dan mencari kesalahan kerajaan baru walaupun negara kini dilanda pandemik Covid-19. Dimana perasaan hormat mereka? Dimana letaknya nilai kasih sayang dalam kehidupan mereka? Jangan ditanya, semua nilai tersebut tiada dlama ‘template’ perjuangan politik PH. Laman-laman Facebook dan media sosial lain sudah kembali dibanjiri maki hamun, sumpah seranah dan yang terbaru, muncul pula simptom ‘gila talak’ yang lahir dari kekecewaan akibat jatuh sendiri. Lebih teruk, minggu lepas kita dihidangkan pula dengan perpecahan yang lebih dahsyat. Ramai telah mula keluar parti bahkan sudah berani menyatakan bahawa PH tidak menepati aspirasi rakyat bahkan ada yang memberitahu, agenda pemimpin mereka hanyalah untuk kepentingan peribadi, bukan negara, apatah lagi rakyat jelata. Lebih malang buat macai mereka apabila ada ya...