Pembangunan jaringan infrastruktur akan majukan Tg Manis, Belawai: Len


SARIKEI: Kawasan Tanjung Manis dan Belawai bakal menikmati lebih banyak pembangunan dan kemajuan dari semasa ke semasa setelah jaringan infrastruktur seperti jalan dan jambatan dari Sarikei menuju ke Tanjung Manis siap dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, selain itu juga, pembesaran lapangan terbang Tanjung Manis dijangka akan membawa impak lebih besar terhadap perkemba-ngan sosioekonomi penduduk setempat.

“Kerajaan Sarawak kini sedang fokus untuk memba-ngunkan kawasan-kawasan di pesisir pantai kerana lokasi ini mempunyai pelbagai tarikan dan potensi untuk berkembang.

“Justeru dengan berge-raknya arus pembangunan ini, kita mahu masyarakat turut serta bersama-sama dengan kita untuk terlibat dalam setiap program dan aktiviti pembangunan yang membawa impak positif kepada semua pihak.

“Pemimpin dan kerajaan Sarawak mempunyai kesungguhan terhadap perkara ini dan kita berharap rakyat di negeri ini amnya, terus berdiri kukuh dan memberikan sokongan padu terhadap misi dan visi pembangunan di negeri ini,” kata Len.

Beliau berkata demikian pada majlis penangguhan Pesta Rakyat Warga Sarikei di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei, petang kelmarin.  

Pada pesta ini sebanyak 16 acara telah diadakan, antaranya, senamrobik, sukanika, pertandingan bola sepak jalanan, tarik tali, sepak takraw, pertandingan mewarna kanak-kanak, perhimpunan ‘bikers’, pertan-dingan petanque, pertandingan belon terbang, cabutan tiket bertuah dan banyak lagi aktiviti lain.

Len turut menyifatkan pe-nganjuran pesta telah menjadi satu tarikan kepada golongan belia untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka melalui aktiviti sukan dan juga arena permotoran.

“Suasana seumpama ini adalah satu perkembangan yang positif, terutama ke arah pembinaan golongan belia yang berdaya saing, berkebolehan, kreatif, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan juga bersedia dalam menghadapi cabaran.

“Kita mahu golongan belia kita lebih bersedia dalam menghadapi era globalisasi yang kian mencabar serta menuntut kepantasan dalam merebut peluang yang ada, jika ingin maju terus ke hadapan,” tegas Len lagi.

Terdahulu, pesta anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.41 Kuala Rajang dan Saberkas Cawangan Kuala Rajang ini telah dirasmikan Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis Ir Yusuf Abdul Wahab.

Hadir sama Temenggung Awang Ahmad Dawi, Penghulu Bidai, Ketua Pemuda PBB Cawangan N.41 Kuala Rajang Mohd Tarzullah Khan dan Ketua Wanita PBB Cawangan Kuala Rajang Misiah Abu Seman. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu