Pemergian Dawos kehilangan besar kepada bidang alam sekitar: Uggah


KUCHING: Pemergian bekas Ahli Parlimen Puncak Borneo atau sebelum ini Mambong Datuk Seri Dr James Dawos Mamit bukan sahaja kehilangan besar kepada politik tetapi juga peranannya sebagai pakar dalam bidang alam sekitar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan Dawos sebagai seorang yang amat profesional terutamanya dalam bidang alam sekitar.

“Saya mengenali mendiang lama sebelum beliau masuk dalam politik, selain itu beliau sering menjadi ‘buku rujukan’ kepada saya mengenai alam sekitar semasa saya menjadi menteri persekutuan (Sumber Asli dan Alam Sekitar).

“Saya selalu meminta nasihat daripada beliau dan banyak kali membawanya bersama menghadiri Sidang Kemuncak Perubahan Iklim di luar negara dan yang ter-akhir adalah sidang kemun-cak di Copenhagen 2009,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS 2019) yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, semalam.

Uggah berkata, Dawos memainkan peranan penting kepada alam sekitar yang amat berpengalaman.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberitahu, jawatan ter-akhir yang dipegang mendiang dalam parti adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB.

“Parti kita kehilangan seorang pemimpin yang baik dan berdedikasi dan mendiang banyak membantu kita dalam mengukuhkan parti terutamanya di kalangan komuniti Dayak.

“Pemergiannya merupakan kehilangan besar dalam kepimpinan komuniti Da-yak dan kita mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu