Penjawat awam ditemui mati tergantung di Petra Jaya


KUCHING: Seorang kakitangan kerajaan ditemukan mati dalam keadaan tergantung di tangga bangunan sebuah pejabat kerajaan di Petra Jaya, di sini semalam. 

Menurut sumber, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30an kali terakhir dilihat sekitar pukul 11.30 pagi ketika minum pagi bersama rakan sekerjanya.

“Selepas itu, kira-kira pukul 1 tengah hari mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan tergantung di tangga kecemasan oleh tukang cuci dan kemudian terus memaklumkan kepada anggota pengawal kecemasan.

“Beberapa anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching juga hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut masih dijalankan. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu