Penyalahgunaan dadah sintetik menunjukkan peningkatan


KUCHING: Gejala penyalahgunaan dadah sintetik yang dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan-bahan kimia seperti syabu dan Amphetamine dalam kalangan belia di negeri ini menunjukkan peningkatan berbanding dadah jenis lain.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara itu sangat membimbangkan kerana pengambilan dadah jenis itu boleh memberi kesan lebih buruk termasuk kelakuan agresif dan gangguan mental.

“Selain itu, masalah sosial seperti kecurian juga akan berlaku semata-mata untuk mendapatkan duit membeli dadah.

“Bagi mengekang masalah penagihan dalam kalangan generasi muda, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak terus menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk mengadakan operasi membabitkan pelajar sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tinda-kan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak semalam.

Abdul Karim berkata, hasil daripada operasi yang dijalankan, bilangan pelajar positif penyalahgunaan dadah sehingga Jun 2019 didapati menurun berban-ding 2018.

“Ia menurun daripada 291 kepada 280 pelajar.

“AADK memandang se-rius perkara ini dan melaksanakan pelbagai program termasuk memberi motivasi serta melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka tidak terjebak lebih jauh,” katanya.

Katanya, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak melalui Majlis Pembangunan Sosial juga sudah mengadakan kerja-sama membabitkan pelbagai jabatan atau agensi kerajaan negeri dan persekutuan di bawah Jawatankuasa One Stop Committee (OSC).

“Melaluinya, pelan tindakan intervensi bagi menangani isu-isu dadah dan ‘substance’ telah dibangun-kan.

“Selain itu, AADK Negeri Sarawak juga telah berjaya melaksanakan satu program sempena Bulan Antidadah pada Februari lalu yang dinamakan Program Jerayawara One Stop Committee 2019 mengikut tema Hari Antidadah Kebangsaan 2019 ‘KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA’,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar Abu Talib. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu