Sarawak akan perkukuh kerjasama dengan Brunei: KM


KUCHING: Sarawak akan mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Brunei dan kali ini menerusi ketersambungan telekomunikasi dan pembangunan ekonomi secara keseluruhan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan, kerjasama berkenaan adalah antara SACOFA Sdn Bhd dan syarikat Brunei, DST International.

“Kita membincangkan tentang kerjasama antara Brunei dan Sarawak dari segi ketersambungan, di mana mereka mempunyai syarikat sendiri yang dikenali DST (International).

“DST nanti akan bekerjasama dengan SACOFA dan mereka akan meneroka kemungkinan menggunakan gerbang di Brunei untuk menghubungkan gentian fiber optik kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei Datuk Seri Setia Awang Abdul Mutalib Mohammad Yusof di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Menurut Abang Johari lagi, selain itu Abdul Mutalib juga menyampaikan mesej daripada Sultan Brunei yang agar Sarawak dan Brunei bekerjasama dari segi pembangunan ekonomi keseluruhan termasuk bidang pertanian dan pelancongan.

Sehubungan itu katanya, dalam bidang pertanian satu jawatankuasa petugas khas telah ditubuhkan di mana Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam jawatankuasa terbabit bersama pihak dari Brunei.

“Beliau (Awang Tengah) akan bekerjasama dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah.

“Mereka akan menubuhkan kawasan pertanian bersama antara Lawas, Merapok dan Brunei,” jelasnya.

Terdahulu dalam ucapan sempena Majlis Penutupan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS), Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akan mengambil perhatian terhadap pandangan dan cadangan semua pakar yang menyertai IDECS 2019 dan kerajaan memberi jaminan akan mengumumkannya selepas dikaji.

Pada majlis berkenaan selain menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara SACOFA dan DST, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran MoU antara Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan syarikat teknologi dunia termasuk IBM, General Electric, Huawei, Honeywell, Keysight Technologies dan Fusionex.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing, Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak serta menteri-menteri kabinet lain. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu