23 Orang Dijangkiti Influenza Di Selangor
SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) memaklumkan 2 kes Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang semalam.
Pengarahnya Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, kes pertama positif Influenza A dikesan di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar dan seorang guru yang mengalami demam, batuk serta selsema.
Beliau berkata, hanya satu kes dikesan di Klang melibatkan 2 beradik dalam satu keluarga.
“Sehingga kini, pelajar dan guru itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Namun, seorang pelajar lelaki dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta, tetapi dilaporkan stabil.
“Di Klang, seorang pesakit masih dirawat di hospital, tetapi stabil dan seorang lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah.
“Siasatan lanjut mendapati jangkitan di kedua-dua kawasan tersebut tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, kes jangkitan itu terkawal dan tiada penutupan sekolah dilakukan di Selangor akibat Influenza A.
Katanya, jangkitan virus influenza bermusim hanya mengakibatkan demam selsema ringan pada individu biasa, namun boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lelah. - FMT

Comments
Post a Comment