Posts

Showing posts with the label Kesihatan

Enam Kluster Baharu Covid-19 Dikesan, 2 Di Tawau

Image
KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kluster baharu Covid-19 telah dikenal pasti hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Kluster pertama adalah Bot Biru melibatkan daerah Tawau di Sabah, katanya. Sehingga kini beliau memaklumkan seramai 23 individu telah disaring manakala 17 kes telah dikesan positif Covid-19. “Kedua, Kluster Blik 31, kluster ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Sehingga hari ini, sejumlah 26 individu telah disaring di mana 13 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Seterusnya adalah Kluster Gemilang di Johor Bharu, kata Noor Hisham telah menyaring 95 individu dan 26 daripadanya dikesan positif pandemik berkenaan. “Seterusnya Kluster Tapak Bina Sungai Udang melibatkan para pekerja sebuah tapak pembinaan dalam daerah Kepong di Kuala Lumpur. Sehingga hari ini, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif,” tambah Noor Hisham. Kelima adalah Kluster Chengal melibatk...

Bukti kukuh COVID-19 boleh menjangkiti bayi dalam kandungan: Saintis

Image
PARIS : Saintis semalam memaklumkan terdapat 'bukti kukuh' bahawa ibu mengandung yang positif COVID-19 boleh menyebarkan virus itu kepada anak dalam kandungan. Perkara itu dimaklumkan dalam satu penemuan yang dilihat bakal mengubah kaedah bagaimana wanita mengandung akan dilindungi dalam tempoh pandemik ini. Walaupun terdapat beberapa kes terpencil bayi dijangkiti virus itu, kajian itu menunjukkan terdapat kaitan kukuh pemindahan virus antara ibu mengandung dengan anak dalam kandungan. Penyelidik di Itali mengkaji 31 wanita mengandung yang dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti COVID-19, dan menemui virus itu dalam uri, tali pusat, vagina seorang wanita dan dalam susu badan. Mereka turut mengesan antibodi COVID-19 dalam tali pusat beberapa wanita mengandung, serta dalam spesimen susu badan. Ketua penyelidik dari Universiti Milan, Claudio Fenizia, berkata penemuan itu secara kukuh menunjukkan bahawa penyebaran in-vitro boleh berlaku. "Berdasa...

Covid-19: Malaysia catat 2 hari berturut-turut tanpa kes tempatan

Image
KUALA LUMPUR – Putrajaya sekali lagi mencatatkan sifar kes penularan tempatan ekoran Covid-19. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, biar pun kes Covid-19 mencatatkan enam kes hari ini namun kesemua kes ini adalah kes import. “Kesemua kes dicatatkan adalah kes import. Lima warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara iaitu 3 kes dari Indonesia, dua kes dari Singapura dan satu kes dari Mesir. “Tiada kes penularan tempatan untuk kali ketiga pada hari ini,” katanya di Twitter hari ini. Dengan jumlah itu kes kumulatif Covid-19 di negara ini berada pada paras 8,683 kes. “Jumlah kes di ICU adalah dua, sementara seorang memerlukan bantuan pernafasan. Sejumlah 63 kes aktif kebolehjangkitan Covid-19,” katanya lagi. Dalam pada itu, jumlah discaj hari ini adalah 13, menjadikan kes sembuh keseluruhan adalah 8499 dengan 97.8 peratus. Tiada kes kematian direkodkan hari ini menjadikan kes positif Covid-19 yang meragut nyawa kini kekal kep...

Covid-19 boleh sebabkan kerosakan otak yang teruk, kata saintis

Image
LONDON : Saintis memberi amaran kemungkinan gelombang kerosakan otak berkairan koronavirus kerana bukti baru menunjukkan Covid-19 boleh membawa kepada komplikasi neurologi yang teruk termasuk keradangan, psikosis, dan kecelaruan. Kajian penyelidik di University College London (UCL) menggambarkan 43 kes pesakit Covid-19 menderita kegagalan otak sementara, strok, kerosakan saraf, atau kesan serius lain terhadap otak. Penyelidikan itu menguatkan kajian lain baru-baru ini yang turut mendapati virus berkenaan boleh merosakkan otak. “Sama ada kita akan melihat kerosakan otak pada skala besar yang berkaitan dengan pandemik – mungkin serupa dengan wabak encephalitis lethargica pada 1920-an dan 1930-an selepas pandemik influenza 1918 – masih belum dapat dipastikan,” kata Michael Zandi, dari Institut Neurologi UCL yang mengetuai kajian itu. Covid-19, wabak disebabkan oleh koronavirus baru, sebahagian besarnya penyakit pernafasan yang menyerang paru-paru, tetapi pakar saraf d...

Dunia belum lalui tahap terburuk COVID-19: WHO

Image
GENEVA : Walaupun sudah enam bulan dunia dilanda wabak COVID-19, pandemik itu masih lagi mencapai kemuncaknya dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa tempoh paling buruk belum dilalui lagi. Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata enam bulan lalu tiada siapa dapat bayangkan bagaimana dunia dan kehidupan jadi terumbang-ambing akibat virus baharu itu. "Kita mahukan ia berakhir dan menjalani kehidupan seperti biasa, namun hakikatnya ia masih belum dapat ditamatkan, biarpun sesetengah negara dilihat bertambah baik, secara global pandemik ini masih lagi berleluasa. "Kita semua bersama sepanjang tempoh ini dan perlu lebih banyak ketahanan, kesabaran, sifat kemanusiaan dan murah hati pada bulan mendatang. "Kita sudah banyak kehilangan, tetapi jangan sampai hilang harapan," katanya dalam sidang video secara maya. Tambah beliau, pandemik itu secara tidak langsung menunjukkan sikap kemanusiaan sebenar, kebaikan dan solidariti,...

Lebih AS$30 Bilion Diperlukan Untuk Bangunkan Ujian, Rawatan Dan Vaksin COVID-19

Image
GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, inisiatif global untuk mempercepatkan pembangunan dan pengeluaran ujian, vaksin dan rawatan COVID-19 akan memerlukan lebih dari AS$30 bilion (RM128.4 bilion) pada tahun akan datang. Memberikan perincian mengenai apa yang disebut sebagai pemecut ACT, yang dilancarkan pada April dan bertujuan mengumpulkan sumber-sumber antarabangsa untuk menangani pandemik itu, WHO berkata 'kos pelan yang dirancang hari ini memerlukan dana AS$31.3 bilion (RM14.5 bilion).' Setakat ini, AS$3.4 bilion (RM14.5 bilion) daripadanya telah dijanjikan, katanya, menunjukkan bahawa tambahan AS$27.9 bilion (RM119.4 bilion) diperlukan dalam 12 bulan akan datang, termasuk hampir AS$14 bilion (RM59.9 bilion) untuk menampung keperluan segera. Pengumuman itu hadir menjelang acara janji besar di Brussels untuk menyokong pemecut ACT, yang dijadual berlangsung esok. "Ini adalah pelaburan yang berbaloi untuk dibuat," Ngozi Okonjo-Iwea...

2 Kes JE Dilaporkan Di Pulau Pinang

Image
GEORGETOWN : Dua kes Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan (SPS). Menurut Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) dalam satu kenyataan, semua fasiliti kesihatan mengambil langkah berwaspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu JE, terutama daripada lokaliti Sungai Bakap serta daerah SPS amnya. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan maklumat terperinci berhubung dua kes berkenaan. "Kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang ialah pada 2018. "Kemudahan kesihatan akan melaporkan segera kes disyaki kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi membolehkan aktiviti kawalan dilaksanakan secepat mungkin bagi membendung penularan penyakit itu," katanya. Menurut kenyataan itu lagi, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah SPS juga melaksanakan pengesanan kes secara aktif dengan melakukan kunjungan ke rumah di sekitar lokaliti terbabit ...

Kluster Persidangan Gereja Di Kuching Berakhir

Image
KLUSTER persidangan gereja di Kuching yang dikesan sejak 15 Mac lalu telah berakhir. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 2,751 individu telah disaring, manakala 191 kes didapati positif Covid-19 membabitkan kluster tersebut, setakat hari ini. Kata beliau, kluster tersebut membabitkan sehingga lima generasi dari pelbagai kawasan di negeri ini dan kini kluster berkenaan telah sampai ke pengakhirannya. “KKM ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) serta semua petugas yang telah memberikan perkhidmatan masing-masing dalam segala aktiviti berkaitan kluster ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Jelas Dr Noor Hisham, 12 kes daripada kluster tersebut dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), selain terdapat tiga kematian. Sementara itu, tiada kes positif Covid-19 direkodkan di negeri ini hari ini. Jumlah yang dijangkiti setakat ini ialah 569 kes dengan 17 kematian. - SarawakVoice

23 Orang Dijangkiti Influenza Di Selangor

Image
  SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) memaklumkan 2 kes Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang semalam. Pengarahnya Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, kes pertama positif Influenza A dikesan di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar dan seorang guru yang mengalami demam, batuk serta selsema. Beliau berkata, hanya satu kes dikesan di Klang melibatkan 2 beradik dalam satu keluarga. “Sehingga kini, pelajar dan guru itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Namun, seorang pelajar lelaki dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta, tetapi dilaporkan stabil. “Di Klang, seorang pesakit masih dirawat di hospital, tetapi stabil dan seorang lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah. “Siasatan lanjut mendapati jangkitan di kedua-dua kawasan tersebut tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata, kes jangkitan itu terkawal dan tiada penu...

Chikungunya Landa Hatyai, Perlis Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Image
KANGAR: Rakyat negeri ini dinasihat mengurangkan aktiviti pelancongan ke Thailand, khususnya Hatyai, berikutan penularan virus Chikungunya di wilayah itu baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Teh Chai Ann, berkata pihaknya kini sedang memantau secara ketat pelancong dari negara jiran itu yang masuk ke negara ini. Beliau berkata, tumpuan pemantauan itu dilaksana di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Padang Besar, Wang Kelian dan Jeti Kuala Perlis bagi pengunjung yang menaiki feri dari Satun, Thailand. “Pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan negeri akan melakukan pemeriksaan di pintu masuk dan mengenal pasti individu yang berisiko membawa virus itu agar penularannya dapat dikawal di negeri ini. “Kita khuatir jika kawasan sempadan tidak dikawal dengan baik, penyakit itu boleh merebak dengan pantas ke negara ini. “Jadi saya meminta rakyat dapat memberikan kerjasama kepada Jabatan Kesihatan negeri seandainya mereka perlu menjalani ...