Balai Bomba Batu Niah beroperasi Februari
MIRI: Penduduk sekitar Batu Niah dapat menarik nafas lega apabila Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah yang dinanti-nantikan selama ini dijangka mula beroperasi bulan depan.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menjangkakan balai tersebut bakal siap sepenuhnya bulan ini.
“Kita percaya sekiranya tiada masalah dari segi pembinaan dan penambahan, ia boleh diambil alih bulan Februari dan kami secepat mungkin mahu ia beroperasi pada Februari juga.
“Sebab itulah kita telah mengiklankan pengambilan pegawai bomba bantuan bagi BBP Batu Niah untuk menambah pegawai bomba sedia ada agar dapat beroperasi serta-merta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Gred KB22 di BBP Lopeng di sini semalam.
Pada majlis tersebut, 33 pegawai bomba dipakaikan tanda pangkat gred KB22 yang dipanggil sebagai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) dan daripada jumlah itu enam pegawai adalah jawatan hakiki manakala 27 pegawai ialah jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP).
Dalam pada itu, Law berkata dengan bermulanya operasi BBP Batu Niah kelak dapat memperbaiki masa tindak balas bagi menghadapi sebarang insiden yang berlaku di kawasan jagaan balai.
“BBP Batu niah akan mengawal selia kawasan bermula dari Bekenu hingga ke Kuala Nyalau.
“Masa tindak balas kita boleh perbaiki dengan adanya balai ini nanti bagi menghadapi sebarang kemalangan dan insiden, masyarakat juga akan rasa lega,” ujarnya.
Law berkata, seramai 33 pegawai termasuk ketua balai akan ditempatkan di BBP Batu Niah kelak.
“Terdapat enam penjawatan tetap ditempatkan di balai berkenaan manakala 27 lagi adalah pegawai bomba bantuan yang sedang dalam proses pengambilan.
“Saya berharap masyarakat Batu Niah, Sepupok dan sekitarnya akan ambil peluang ini untuk menyertai penjawatan pegawai bomba bantuan,” katanya.
Bagi yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di balai berkenaan atau balai berdekatan atau muat turun di laman web www.bomba.gov.my/bomba/resources/user_9/Borang/borang_pbb_3_borang_permo....
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaharu berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Operasi, Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, 93350 Kuching atau e-mel dalam bentuk PDF ke bhgoperasi-swk.bomba@1govuc.gov.my.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari ini. - UB

Comments
Post a Comment