Lima Lelaki Disyaki Pecah Rumah Ditahan

 
MIRI: Seramai lima lelaki tempatan ditangkap polis pada malam Selasa lalu setelah disyaki terlibat dengan kes pecah masuk sebuah rumah di Bakam pada bulan lepas.

Kelima-lima suspek berusia lingkungan 16 hingga 29 tahun ditangkap di tiga lokasi berasingan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Suspek pertama ditangkap kira-kira jam 5.15 petang di Bekenu manakala tiga lagi suspek ditangkap di Kampung Bakam.

Susulan tangkapan empat suspek, polis kemudiannya menangkap suspek kelima di Kampung Lusut kira-kira jam 8.40 malam.

Dalam tangkapan terbabit, polis turut merampas sejumlah wang luar negara dan dua unit telefon bimbit.

Difahamkan kesemua suspek terbabit dipercayai memecah masuk sebuah rumah di Bakam pada 28 Disember lalu.

Akibat kejadian pecah masuk itu, pemilik rumah terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM15,000.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Mohd Sabri Zainol ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu