Pegawai BBP Lopeng Paling Ramai Naik Pangkat

 
MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng mencatatkan pegawai bomba paling ramai yang dinaikkan pangkat ke gred KB22 yang dipanggil sebagai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) iaitu seramai 33 orang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, daripada jumlah tersebut enam adalah jawatan hakiki manakala 27 pegawai ialah jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP).

“Balai ini (BBP Lopeng) adalah balai paling ramai memakai tanda pangkat KB22 iaitu seramai 33 orang menunjukkan balai ini mempunyai ramai pegawai bomba yang berpengalaman dalam menangani pelbagai jenis kes, kecemasan dan bencana.

“Mereka ini banyak memberi idea dan pengalaman semasa menghadapi banyak bencana di Miri.

“Contoh yang paling baik sekali adalah semasa kebakaran hutan dan belukar di mana mereka inilah paling berpengalaman dari segi pemadaman api hutan dan tanah gambut dan keduanya adalah dari segi bencana banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Gred KB22 di BBP Lopeng di sini semalam.

Dalam pada itu Law menzahirkan rasa bangga beliau kerana mempunyai banyak kakitangan yang berpengalaman dan berkemahiran di Zon 6 Miri.

“Apa juga jenis insiden yang berlaku di Zon 6 Miri saya percaya dan yakin mereka ini boleh menanganinya dengan baik sekali.

“Jadi saya berharap masyarakat di Miri sentiasa memberi kami maklumat sekiranya ada perkara perlu kami pantau atau perkara yang perlu kami perbaiki.

“Malah kami sedia menerima tunjuk ajar di samping dapat juga menambah kemahiran kami supaya dapat membantu orang lain,” ujar beliau. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu