PH Hanya Sesuai Guna ‘Template’ Pembangkang


DUA bulan selepas tumbang angkara perbuatan sendiri, PH kini nampaknya sudah berjaya kembali ke ‘template’ asal mereka.

Tak kira masa, mereka akan berterusan menghentam dan mencari kesalahan kerajaan baru walaupun negara kini dilanda pandemik Covid-19.

Dimana perasaan hormat mereka? Dimana letaknya nilai kasih sayang dalam kehidupan mereka?

Jangan ditanya, semua nilai tersebut tiada dlama ‘template’ perjuangan politik PH.

Laman-laman Facebook dan media sosial lain sudah kembali dibanjiri maki hamun, sumpah seranah dan yang terbaru, muncul pula simptom ‘gila talak’ yang lahir dari kekecewaan akibat jatuh sendiri.

Lebih teruk, minggu lepas kita dihidangkan pula dengan perpecahan yang lebih dahsyat.

Ramai telah mula keluar parti bahkan sudah berani menyatakan bahawa PH tidak menepati aspirasi rakyat bahkan ada yang memberitahu, agenda pemimpin mereka hanyalah untuk kepentingan peribadi, bukan negara, apatah lagi rakyat jelata.

Lebih malang buat macai mereka apabila ada yang mula hilang ‘tauke’.

Sehari dua ini, ada yang dah bertukar arah. Komen-komen mereka di laman sosial sudah mula bertukar haluan.

Rakyat tidak buta. Rakyat juga tidak bisu. 22 bulan memerintah, sudah cukup untuk dijadikan pengajaran buat rakyat Malaysia.

PH tidak mampu memerintah negara. - Cucu Abang Godam

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu