20 Juta Penduduk AS Mungkin Sudah Dijangkiti Covid-19

as-681x479

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 20 juta orang penduduk di Amerika Syarikat (AS) mungkin telah dijangkiti Covid-19.

Pusat Kawalan Wabak (CDC) berkata, jumlah kes sebenar juga kemungkinan 10 kali lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan.

Ia berlaku ketika negara bahagian Texas mengantung semula kelonggaran sekatan pergerakan berikutan kes jangkitan dan kemasukan ke hospital meningkat.

AS telah mencatatkan 2.4 juta jangkitan yang disahkan dengan 122,370 kematian.

Beberapa negeri selatan dan barat telah melaporkan jumlah kes dalam beberapa hari terakhir.

University of Washington meramalkan sebanyak 180,000 kematian AS menjelang bulan Oktober – atau 146,000 jika 95% orang Amerika memakai pelitup muka.

“Kami menganggarkan setiap kes yang dilaporkan sebenarnya ada 10 jangkitan lain,” kata Pengarah CDC, Dr Robert Redfield kepada wartawan.

Ini kerana, ujian terhad terhadap individu yang mengalami gejala manakala mereka yang tanpa gejala tidak diuji.

“Kami mengesahkan kira-kira 10% penularan wabak adalah menggunakan kaedah diagnosis yang digunakan antara bulan Mac, April dan Mei,” katanya.

Dr Redfield berkata, antara 5% dan 8% penduduk telah terkena virus dan mendesak penduduk Amerika untuk terus melakukan penjarakan sosial diri, memakai pelitup muka dan mencuci tangan.

Negeri-negeri lain, termasuk Alabama, Arizona, California, Florida, Idaho, Mississippi, Missouri, Nevada, Oklahoma, Carolina Selatan dan Wyoming – semuanya mencatatkan peningkatan rekod harian dalam jumlah kes yang disahkan minggu ini.

Lebih daripada 36,000 kes baharu direkodkan di AS pada hari Rabu – jumlah itu tidak jauh daripada 36,426 kes yang direkodkan pada 24 April. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu