Apa nak jadi, penduduk Jakarta berdegil tetap ‘curi’ mayat Covid-19


Ratusan penduduk kampung Ambon Maluku di Jakarta halang sebuah ambulans membawa jenazah pesakit Covid-19.

Menerusi rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan ratusan penduduk menghalang sebuah ambulans dan membuka pintu untuk mengambil jenazah ahli keluarga mereka.

Berdasarkan laporan Tribunnews dalam rakaman itu, penduduk juga menjerit dan meluahkan kemarahan kepada anggota polis dan petugas perubatan yang mengawal jenazah.

Menurut penduduk, individu itu meninggal dunia dipercayai bukan kerana dijangkiti Covid-19, tetapi mempunyai penyakit lain.

Keadaan kemudian menjadi kelam-kabut, para petugas barisan hadapan terpaksa melihat penduduk “mencuri” jenazah dari ambulans untuk dibawa ke rumah dan meninggalkan keranda jenazah di tepi jalan.

Ketua Polis Pulau Ambon Maluku, Leo Surya Nugraha Simatupang berkata, kejadian itu didakwa berpunca daripada salah faham.

“Petugas perubatan telah memberi penjelasan sebaiknya pesakit itu meninggal dunia kerana wabak Covid-19. Akhirnya keluarga memahami.

“Mereka kembalikan jenazah tersebut kepada petugas perubatan dan dimakamkan di Warasia seperti saranan ahli keluarga,” katanya. - FMT

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu