COVID-19: Kes Positif Di Indonesia 51,427, Kematian 2,683

Seorang anggota polis Indonesia menjalani ujian saringan COVID-19. Foto AFP

JAKARTA: Sebanyak 63 lagi kematian akibat COVID-19 di Indonesia bagi tempoh 24 jam, manakala kes positif virus itu terus meningkat kepada 51,427 kes.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,240 kes positif baharu, manakala jumlah kematian keseluruhan kini 2,683 orang.

"Sebanyak 13,506 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 796 kes, diikuti provinsi Jakarta (616 kes), Kalimantan Selatan (178), Jawa Barat (173) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Provinsi Jawa Timur terus mencatatkan peningkatan kes positif dan kematian mendadak, sejak Ramadan lepas, dipercayai akibat pergerakan orang ramai pulang ke kampung menyambut perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Sehingga kini, provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kes positif kedua tertinggi selepas Jakarta iaitu 10,545 kes, dengan tambahan 356 kes baharu dan 32 kematian bagi tempoh 24 jam lepas. Kes positif di Jakarta kini 10,591. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu