COVID-19: Texas Umum Hentikan Sementara Langkah Buka Semula Ekonomi


HOUSTON: Texas semalam menghentikan sementara langkah untuk membuka semula ekonominya selepas mencatatkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak.

Texas ialah antara negeri paling agresif dalam pembukaan semula pada awal bulan ini selepas melaksanakan perintah berkurung selama beberapa bulan, dengan pemimpinnya berkeyakinan ia telah melepasi tahap terburuk pandemik berkenaan.

"Texas akan menghentikan sementara sebarang fasa lanjut untuk membuka semula negeri ini sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes COVID-19 serta kemasukan ke hospital," umum Pejabat Gabenor Greg Abbott dalam satu kenyataan.

"Perkara terakhir yang kita mahu lakukan ialah kembali ke belakang dan menutup perniagaan. Langkah sementara ini akan membantu negeri kita menyekat penularan wabak itu," kata Abbott sambil meminta penduduk memakai pelitup muka serta mematuhi garis panduan penjarakan sosial.

Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Texas melaporkan 5,596 kes baharu COVID-19, semalam, iaitu peningkatan besar berbanding 10 hari lalu yang mencatatkan hanya 1,254 jangkitan baharu sehari. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu