India haramkan Tik Tok, WeChat

amit-singh-681x425

NEW DELHI – Kerajaan India mengharamkan 59 aplikasi telefon bimbit China termasuk Tik Tok da WeChat, kata Menteri Dalam Negeri, Amit Shah.

Malah Kerajaan India dalam satu perintah rasmi mahu semua syarikat telekomunikasi menyekat penggunaan aplikasi telefon bimbit milik China.

Perbincangan pengharaman aplikasi berkenaan didakwa dilaksanakan sebelum ketegangan tercetus antara India dan China di sempadan Ladakh.

Namun pegawai tertinggi kerajaan India memberitahu Hindustan Times, tindakan itu dilaksanakan segera selepas insiden pada 15 Jun di Lembah Galwan, di timur Ladakh yang membabitkan pertarungan tentera India dan China.

Menteri Teknologi Maklumat juga akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua pemain industri teknologi telekomunikasi untuk melaksanakan larangan penggunaan aplikasi telefon bimbit dari China.

Kenyataan Kementerian Teknologi Maklumat berkata, keputusan diambil untuk menyekat aplikasi berdasarkan faktor keselamatan siber, melibatkan kedaulatan, pertahanan dan keselamatan negara.

Selain WeChat dan Tik Tok, aplikasi lain milik China yang turut diharamkan penggunaannya di India adalah UC Browser, Xender, SHAREit dan Clean Master.

Mengulas lanjut mengenai larangan itu, Kementerian Teknologi Maklumat berkata, langkah itu juga melibatkan keselamatan dan perlindungan data dan maklumat peribadi 130 juta rakyat India.- MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu