Iran Minta Bantuan Interpol Untuk Tahan Trump

Seorang lelaki memegang gambar komander tertinggi Iran, Major Jeneral Qassem Soleimani, ketika majlis memperingati kematian beliau di Bghdad Januari lalu. - Foto AFP

TEHRAN: Iran meminta bantuan Interpol untuk menangkap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan 35 pegawai AS lain kerana terbabit dalam pembunuhan seorang jeneral tertinggi dalam serangan dron Januari lalu.

Pendakwa Tehran, Ali Qasi Mehr, berkata 36 pegawai politik dan ketenteraan AS yang terbabit dalam pembunuhan Jeneral Qasem Soleimani sudah disiasat dan diperintahkan untuk ditangkap melalui Interpol.

"mereka ini dituduh melakukan pembunuhan dan keganasan. Senarai paling atas ialah Trump dan pendakwaannya akan diteruskan, walaupun selepas tamat tempoh penggalnya.

"Badan kehakiman Iran juga sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap 36 orang yang terbabit itu," katanya, yang dipetik agensi berita IRNA.

Beliau meminta Interpol mengeluarkan notis merah bukan sebagai waran tangkap, tetapi bagi mereka yang dikehendaki untuk pendakwaan atau hukuman.

Trump sebelum ini mengarahkan pembunuhan Soleimani pada 3 Januari lalu dengan serangan dron berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Soleimani adalah pejuang bagi negaranya, namun bagi Trump, dia adalah seorang pengganas paling dikehendaki di dunia dan sepatutnya sudah lama dihapuskan.

Sementara itu, wakil khas AS bagi Iran, Brian Hook, turut mempersendakan permintaan Iran kepada Interpol dan menganggapnya sebagai aksi propaganda.

"Penilaian kami adalah bahawa Interpol tidak campur tangan dan mengeluarkan notis merah berdasarkan sifat politik," katanya pada sidang akhbar di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, semalam. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu