Lelaki tunjuk 'anu' kena jel 10 bulan

Tertuduh, Rafi Alam Mohd Alam, 30, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita. - Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita.

Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh, Rafi Alam Mohd Alam, 30, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan satu perbuatan kelucahan melampau iaitu menunjukkan kemaluan kepada mangsa berusia 44 tahun di sebuah kedai makan di Kampung Pak Katak, di sini, jam 9.45 pagi pada 26 September 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara hingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa berada di kedai makan sebelum tertuduh datang untuk minum.

Sebaik selesai minum, tertuduh tiba-tiba membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Mangsa melarikan diri ke dalam rumah untuk meminta tolong dan tertuduh sekali lagi datang ke kedai sama pada jam 1.40 tengah hari pada hari sama.

Mangsa kemudian meminta tolong anak saudaranya untuk menangkap tertuduh sebelum satu laporan dibuat di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut. - BHOnline

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu