Najib: Pengundi Chini Sudah Cerdik, Takkan Ikut Cakap Dr Mahathir

MGF250620_NAJIB-RAZAK-BERSAMA-CALON-BN-WALKABOUT_06-681x454

CHINI – Biarpun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen untuk calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, namun pengundi di sini sudah bijak terutamanya masyarakat Orang Asli.

Itu kata Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berhubung video kempen Dr Mahathir yang secara terbuka menyokong calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.

“Orang Chini akan tolak sebab mereka tahu calon bebas tidak boleh menolong mereka. Apa yang dia boleh buat.

“Orang Chini sudah bijak termasuk Orang Asli, jadi apa Dr Mahathir cakap pun orang takkan pakai.

“Malah di PRK Cameron Highlands pun dia turun, tapi kali ini dia tidak turun. Cuma buat video, tapi kalau dia turun pun takkan ada sambutan,” katanya kepada media selepas mendekati masyarakat Orang Asli Kanpung Tasik Mentiga, Chini, hari ini.

Turut mengiringi bekas Perdana Menteri keenam itu adalah calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain.

Dr Mahathir pada Selasa lalu mengumumkan sokongan peribadinya kepada anak kepada bekas ADUN Bandar Pekan, Allahyarham Datuk Shamsiah Abdul Hamid tersebut.

Katanya, Zainul Hashim yang sebelum ini berjawatan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pekan adalah pilihan terbaik dalam pertandingan tiga penjuru itu pada 4 Julai depan.

Malah beliau turut mengajak pengundi Chini memilih Zainul Hashim sebagai pengganti Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Perkara itu dizahirkan Dr Mahathir dalam sebuah video khas kepada pengundi Chini.

SPR menetapkan PRK DUN Chini, Pahang pada 4 Julai ini dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun manakala tarikh mengundi awal pada 30 Jun.

PRK julung kali diadakan padamusim pandemik Covid-19 itu diadakan susulan kematian Abu Bakar Harun pada 7 Mei lalu dipercayai akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Allahyarham selaku calon BN menumpaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnin. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu