Perbicaraan Tengku Adnan: Pembelaan tutup kes

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/ASWADI ALIAS

KUALA LUMPUR: Selepas memanggil empat saksi pada perbicaraan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang mengambil masa empat hari di Mahkamah Tinggi di sini, pihak pembelaan menutup kesnya, hari ini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 14 Ogos depan untuk mendengar hujahan di akhir kes pembelaan sebelum memutuskan sama ada bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu akan disabitkan kesalahan atau dibebaskan.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan memaklumkan kepada mahkamah, pembelaan menutup kesnya terhadap Tengku Adnan, selepas pemeriksaan balas saksi terakhir Ketua UMNO Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah. - BHOnline

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Disimbah menantu dengan air panas

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu