PRK Chini: Najib, Calon Solat Jumaat Di Salong

MGF260620_Najib-Bersama-Calon-BN-Solat-Jumaat_01-681x454

CHINI – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain menunaikan solat Jumaat bersama hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu yang tiba jam 1.10 petang ditemani Mohd Sharim di Masjid Kampung Baru Salong.

Sebelum memasuki masjid, Najib dan Mohd Sharim dikehendaki menjalani ujian suhu badan atas Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Malah semua jemaah yang memasuki masjid dikehendaki memakai penutup mulut dan hidung sebelum menunaikan solat Jumaat.

Ini kali pertama kedua-dua calon dilihat menunaikan solat Jumaat bersama sepanjang kempen PRK.

Kedua-dua mereka terus memasuki dewan solat sebelum duduk berasingan bagi mendengar kutbah Jumaat.

Najib dan Mohd Sharim seterusnya menaiki motosikal dan mengadakan ziarah di sekitar Salong.

Ini hari kedua Najib turun padang dalam misi membantu calon BN itu untuk kempen PRK Chini, kali ini.

Mohd Shamin yang mewakili BN ditentang dua calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.

SPR menetapkan PRK DUN Chini, Pahang pada 4 Julai ini dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun manakala tarikh mengundi awal pada 30 Jun.

PRK julung kali diadakan dalam musim pandemik Covid-19 itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, pada 7 Mei lalu akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Allahyarham selaku calon BN menumpaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim  dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnin. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu