Covid-19: Malaysia catat 2 hari berturut-turut tanpa kes tempatan

MGF08072020_SIDANG-MEDIA-KKM_09-681x454

KUALA LUMPUR – Putrajaya sekali lagi mencatatkan sifar kes penularan tempatan ekoran Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, biar pun kes Covid-19 mencatatkan enam kes hari ini namun kesemua kes ini adalah kes import.

“Kesemua kes dicatatkan adalah kes import. Lima warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara iaitu 3 kes dari Indonesia, dua kes dari Singapura dan satu kes dari Mesir.

“Tiada kes penularan tempatan untuk kali ketiga pada hari ini,” katanya di Twitter hari ini.

Dengan jumlah itu kes kumulatif Covid-19 di negara ini berada pada paras 8,683 kes.

“Jumlah kes di ICU adalah dua, sementara seorang memerlukan bantuan pernafasan. Sejumlah 63 kes aktif kebolehjangkitan Covid-19,” katanya lagi.

Dalam pada itu, jumlah discaj hari ini adalah 13, menjadikan kes sembuh keseluruhan adalah 8499 dengan 97.8 peratus.

Tiada kes kematian direkodkan hari ini menjadikan kes positif Covid-19 yang meragut nyawa kini kekal kepada 121 kes.

Semalam KKM mengumumkan tiada ke penularan tempatan apabila tiga kes import direkodkan di kalangan warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kali pertama tiada kes penularan tempatan adalah pada 1 Julai lalu. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu