Hina Agong, perancang bandar didakwa


KUALA LUMPUR: Seorang perancang bandar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik melalui Facebook (FB) berhubung Yang di-Pertuan Agong pada 2018.

Nazaruddin Mohamad, 48, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan, Nazaruddin didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi FB miliknya secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 12.33 tengah malam 13 Mac 2018.

Pautan itu kemudian dibaca di Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini, pada 10 pagi, 27 Mac tahun sama.

OKS didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Norhani Mohd Adzhar, sementara OKS diwakili peguam Muhammad Iqbal Ismail.

Mahkamah menetapkan 10 Ogos untuk sebutan semula kes.– BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu