Vietnam kongsi pengalaman tangani COVID-19 dengan Afrika Selatan

Gambar hiasan

HANOI: Vietnam bersedia berkongsi pengalaman mencegah dan memerangi wabak COVID-19 dengan Afrika Selatan menerusi persidangan dalam talian seperti dilakukan dengan pasukan tentera perubatan di beberapa negara lain, baru-baru ini.

Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), keputusan itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Nasionalnya, Nguyen Chi Vinh bersama rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Thabang Makwetla, semalam.

Ketika perbincangan menerusi telefon itu, semalam Vinh menekankan mengenai pentingnya kerjasama antarabangsa dalam memerangi wabak itu.

Beliau memberi penerangan mengenai upaya Vietnam untuk menyekat penyebaran coronavirus, termasuk

pembabitan seluruh sistem politik dan tentera yang turut memainkan peranan sehingga berjaya mengawal wabak berkenaan.

Sementara itu, Thabang memuji kejayaan Vietnam dalam memerangi COVID-19, dengan harapan kerjasama negara terbabit dalam membantu memerangi penyakit berkenaan.

Kedua-dua pihak mengkaji kerjasama pertahanan dua hala dan membincangkan orientasi untuk hubungan yang lebih erat pada masa akan datang.

Kerjasama kedua-dua negara sebenarnya sudah berjalan sejak lawatan sejak Ogos tahun lalu, sejajar dengan perjanjian kerjasama pertahanan yang ditandatangani pada 2006. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu