Tiada kenaikan kadar tol: “Tindakan oportunis kerajaan BN!”- Kenyataan Guan Eng pada 2014
Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 6 Februari 2014 Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional hanya berubah nada, namun tidak pada kata-katanya dalam hal pembekuan kenaikan kadar tol selama setahun dan membuat bayaran RM400 juta kepada syarikat konsesi tol. Pengumuman yang dibuat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin bahawa Kabinet tidak akan mengenakan sebarang kenaikan tol dalam tahun 2014 adalah satu taktik oportunis yang jelas digunakan oleh BN untuk menyenangkan hati pengundi BN di Kajang pada 23 Mac 2014. Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional hanya berubah nada, namun tidak pada kata-katanya dalam hal pembekuan kenaikan kadar tol selama setahun dan membuat bayaran RM400 juta kepada syarikat konsesi tol. Walaupun mereka berjanji dalam manifesto pilihanraya pada tahun 2013 untuk mengurangkan kadar tol antara bandar, Kerajaan Persekutuan BN telah mengumumkan bahawa akan terdapat banyak ke...