Dua Lelaki Ditahan Sehari Selepas Merompak Kedai Runcit


KUCHING: Polis hari ini berjaya mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai runcit di Sungai Maong pada malam Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong berkata dalam kejadian 10 pagi semalam, kedua-dua suspek yang bersenjatakan pisau pemotong daging datang ke premis tersebut dan terus menyerang wanita yang bekerja sebagai juruwang.

Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri bersama wang tunai RM1,200, telefon bimbit milik juruwang dan rokok.

“Mangsa yang trauma dengan kejadian tersebut kemudian terus melaporkan kepada pihak polis.

“Kira-kira 27 jam kemudian, pasukan D9 berjaya mengenal pasti kedua-dua suspek dan berjaya menangkap mereka yang berusia 28 dan 34 tahun di sebuah kampung di Tabuan Jaya sekitar 12.50 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, senjata yang digunakan dalam kejadian rompak itu, serta telefon bimbit mangsa juga berjaya ditemukan semula.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. - UB

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Periuk kera mangkuk tandas tupai dan kelawar?

Disimbah menantu dengan air panas