Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu


KUCHING: Komuniti Red Riders dengan kerjasama Tay Motors yang menyambut ulang tahun ke-10 tahun ini akan menganjurkan jelajah bermotosikal dari Bandaraya Kuching ke Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

"Konvoi yang disertai oleh 12 orang penunggang yang menunggang motosikal berkapasiti 135cc ke 155cc tersebut dijadualkan bermula pada 30 Mac dan berakhir pada 3 April," kata ketua konvoi George Marcella.

Jelasnya, perjalanan sepanjang lima hari tersebut bakal menempuh perjalanan sekitar 2,700km.

"Ketahanan mental dan fizikal peserta akan diuji memandangkan perjalanan konvoi akan melalui lebuh raya Pan Borneo yang kini masih dalam proses pembinaan.

"Walaupun perjalanan dijangka mencabar, apa yang penting ialah peluang untuk menghayati keindahan menunggang sambil menjelajah negeri Sarawak dan Sabah hanya dengan menunggang motosikal berkapasiti kecil," ujarnya.

Cabaran utama yang perlu diberi perhatian akan ditempuh pada hari terakhir dimana konvoi akan melakukan cubaan 'Blowpipe Run'"yang bermula dari Tugu Marlin di Kota Kinabalu dan tamat di Tugu Kuching di Bandaraya Kuching dalam masa tidak melebihi 24 jam dalam hari yang sama. 

Ketahanan penunggang dan motosikal akan diuji ke tahap maksima, tambah George yang berpengalaman melakukan beberapa siri 'Blowpipe Run' sebelum ini termasuk melakukannya secara solo.

Comments

Popular posts from this blog

Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!

Yamaha Crossplane Cranshaft