Enggan Ikut Tradisi, Jurutera Sambut Konvokesyen Di Litar Sepang!


Enggan ikut tradisi, seorang pelajar kejuruteraan UNIMAS memutuskan untuk mengadakan sambutan majlis konvokesyen di Litar Sepang sempena perlumbaan MotoGP Malaysia minggu lalu.

Ridhwan Shah Busrah yang mesra dengan panggilan 'Shah' memutuskan untuk menyambut konvokesyen di sana setelah berjaya menamatkan pengajiannya selama lima tahun yang amat mencabar dalam sejarah hidupnya.

Memiliki minat yang mendalam dalam bidang sukan permotoran, Shah bersama kawan-kawan rapatnya pernah menyertai perlumbaan final Kapchai-KBS Endurance Race di Litar F1 Sepang dua tahun berturut-turut sebelum ini.

"Being normal is too mainstream. We have to push to another level," katanya.

Semoga cita-cita Shah untuk mengharumkan nama Sarawak dalam bidang sukan bermotor dapat dicapai.

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha Crossplane Cranshaft

Red Riders - Tay Motors Anjur Jelajah Motosikal Kuching - Kinabalu