Kerajaan Tidak Mahu Penanam & Pekebun Bergantung Pada Subsidi
KUCHING: Kerajaan tidak mahu pemain industri lada bergantung kepada subsidi.
Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi membantu para pekebun termasuk lada.
"Kita tidak mahu penanam atau pekebun kita bergantung sepenuhnya kepada subsidi.
"Lada Sarawak antara yang terbaik dan berkualiti tinggi dan saya boleh membantu mempromosikan produk anda di luar negara semasa lawatan kerja saya," katanya menurut Utusan Borneo.
Tambahnya, kerajaan memberikan subsidi melalui peruntukan berbentuk baja, peralatan, insntif dan sebagainya.
"Penggiat industri lada perlu tahu bagaimana cara untuk membawa nama Lada Sarawak khasnya ke luar dunia," jelas beliau.
Comments
Post a Comment